Tuesday, 16 October 2012
LAMAN WEB RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Laman web rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia ialah dialamat http://www.pengakapmalaysia.org/
KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN SIRI 1/2012
Seketariat
Pengakap Udara Kebangsaan dan Persekutan Pengakap Malaysia dengan kerjasama
Persatuan terjun Payung Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Asas Payung Terjun
Siri 1/2012 di Segamat Golf & Country Club Segamat, Johor. KLKM IPT telah diwakili oleh En Affendy
Zabkha Bin Mohamad Zain dan En Mohd Azahar Bin Ramli @Hisham dari IKBN.
LAPORAN:-
JUMAAT 12 OKT 2012
0900 ~ 1000 :
Taklimat
1000 ~ 2300 :
Kelas Teori
SABTU 13 OKT 2012
0800 ~ 1230 :
Terjunan Sesi 1 (mengikut giliran)
1400 ~ 1700 :
Terjunan Sesi 2 (mengikut giliran)
1700 ~ 1830 :
Majlis Penutup oleh Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PPM
Negeri Melaka
2100 ~ 2300 :
Ulangkaji Teori
AHAD 14 OKT 2012
0800 ~ 1230 :
Terjunan Sesi 3 (mengikut giliran)
1500 ~ 1800 : Majlis Penyampaian Sijil
Penyertaan oleh pihak PPM
Monday, 15 October 2012
PROSEDUR PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN KUMPULAN KLKM 2012/2013
- Borang Pendaftaran boleh didapati dari Setiausaha Majlis Pengakap KLKM IPT En Syafik Asyraf Bin Haris (mpnklkm@kelanasiswa.org)
- Bayaran Yuran Keahlian dan Kumpulan boleh dibayar melalui AKAUN BANK MUAMALAT : 07030000054713 = ( MAJLIS PENGAKAP NEGERI KLKM) (Sila simpan Bank Statement untuk rujukan)
- Sila emailkan Borang Pendaftaran kepada Bendahari Kehormat KLKM IPT En Sandragesan a/l Vello (vsandra@usm.my) atau sila hubungi MAJLIS PENGAKAP NEGERI KLKM di talian 04-6535241 atau 04-6535243
MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM 2ND EAST COAST ROVERMOOT 2012 (2ND ECROM)
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti Sultan
Zainal Abidin telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi menjayakan “2nd EAST
COAST ROVER MOOT” buat kali kedua bagi tahun 2012 pada 08 hingga 11
November 2012. Program ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan
oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan untuk mengeratkan
hubungan silaturahim dan meningkatkan kerjasama belia dan ahli-ahli kelana di
seluruh Malaysia.
Program East Cost Rover Moot berkenaan seperti
berikut :
Tarikh : 08 November 2012 hingga 11
November 2012
Masa
mendaftar pada :- 08November 2012, Jam 8.00 pagi
Lokasi : Di Kem Pengakap Tengku Muhammad
Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Yuran : Yuran ECROM sebanyak RM 40.00
seorang (Pengakap Kelana/Pemimpin)
(Skaf,
Lencana ECROM, Lencana Kelana, Topi, Sijil Penyertaan, Tag nama
berserta
Passport Aktiviti dan Buku Cenderamata)
Deposit
Kebersihan sebanyak RM100.00 bagi setiap Kontinjen.
Pembayaran : Sebarang pembayaran dan
penyerahan borang penyertaan hendaklah
diserahkan
semasa pendaftaran (08 November 2012)
Keperluan : Setiap Kontinjen hendaklah
menguruskan sendiri bahagian pengangkutan,
Penginapan
(khemah peserta), makanan dan minuman, dan ubatan peribadi
diri
peserta. Termasuklah bahan-bahan mentah/ peralatan untuk memasak
bagi
pertandingan yang akan diadakan semasa 2nd ECROM nanti.
Peserta : Peserta hendaklah berumur
diantara 18 hingga 25 tahun (Pengakap Kelana)
Dan
mestilah berdaftar. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap
Negeri/
Daerah masing-masing. Peserta juga perlu membuat pemeriksaan
Kesihatan
dan perlu menyerahkan rekod kad kesihatan kepada pihak urusetia
semasa
pendaftaran dan mempunyai insurans nyawa persendirian.
Aktiviti : Pelbagai aktiviti disediakan
antaranya :-
1. Scout Challenge (Bycycle Expedition
Challenge) & Abselling
2. Beach Games & Memanah
3. Backwood Cooking
4. Tarian Kebudayaan, Malam Kebudayaan & Mala Gala ECROM (Camp Fire)
5. Leadership Challenge & Cerapan Bulan
6. Pertandingan-pertandingan menarik
7. Majlis Penganugerahan Kelana
8. Dan lain-lain aktiviti yang lebih ekstrem
2. Beach Games & Memanah
3. Backwood Cooking
4. Tarian Kebudayaan, Malam Kebudayaan & Mala Gala ECROM (Camp Fire)
5. Leadership Challenge & Cerapan Bulan
6. Pertandingan-pertandingan menarik
7. Majlis Penganugerahan Kelana
8. Dan lain-lain aktiviti yang lebih ekstrem
***Setiap Kontinjen diminta menyediakan satu
persembahan untuk Tarian Kebudayaan & Malam Gala ECROM. Pihak kami tidak
membenarkan persembahan seperti kuda
kepang, mak yong, ulik mayang dan jenis unsur-unsur yang melibatkan pemujaan. HARAP
MAKLUM.
..::PENTING::..
Pengesahan peserta & pemimpin : Sila emailkan ke nazzna86@gmail.com untuk pengesahan bilangan peserta bagi setiap kontigen dan pemimpin (bagi tempahan penginapan)
Pengesahan peserta & pemimpin : Sila emailkan ke nazzna86@gmail.com untuk pengesahan bilangan peserta bagi setiap kontigen dan pemimpin (bagi tempahan penginapan)
Sebarang pemasalahan boleh merujuknya melalui
Pengarah Program East Coast Rovermoot (2nd ECROM) Saudara Muhammad Marzuqi bin
Zainal Adlan di talian +6017-6557920 atau emailkan ke nazzna86@gmail.com. Sebarang info terkini juga
boleh melayari laman 2nd ECROM http://ecrom2.blogspot.com/
ANTARA AKTIVITI YANG MELIBATKAN KLKM
- Taklimat Berkaitan One Malaysia For Youth (1M4U) Sempena Majlis Pra-Pelancaran 1M4U-MOHE Outreach Centre Anjuran KPT ( En Abdul Rahim Bin Mohammad (UTM SKUDAI) Dan Dr Mustaffa Bin Hj Ibrahim (UTHM) )
- Kursus Asas Payung Terjun Anjuran PPM (En Afendy dan En Azhar (IKBN Chembong)
- Mesyuarat Majlis Ketua Pesuruhjaya di Radius International Hotel ( Prof Madya Dr Abdul Rashid Bin Mohamad)
- 3 orang ahli KLKM IPT iaitu dari 2 KLKM INTI IU dan Seorang dari KLKM KUIN yang akan mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke 7th ASIA PACIFIC REGIONAL SCOUT YOUTH FORUM - BANGLADESH pada 17 hingga 21 November 2012 bertempat di National Scout Training Centre Mouchak, Gazipur, Bangladesh.
- Mesyuarat Bersama Jabatan Pengajian Tinggi (HEP) (Prof Madya Dr Abdul Rashid Bin Mohamad (USM) dan Dr Paramasivam a/l Muthusamy (UPM)
- Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 KLKM KUIN Alor Setar ( Tn Hj Hassan Bin Hasim)
- Pelancaran Unit Marin KLKM UNIMAP (KLKM UNIMAP)
SENARAI IPT YANG TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN TAHUN 2012
Sehingga 15 Oktober 2012
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
- Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
- Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
- Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah
- Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buluh, Selangor
- Vocational Education Training Academy (VETA), Semenyih, Selangor
- INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan
Subscribe to:
Posts (Atom)



.png)