Tuesday, 19 November 2013

PENCALONAN SEBAGAI PESERTA BAGI MEWAKILI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) SEMASA BERLANGSUNGNYA 1ST WORLD SCOUT EDUCATION CONGRESS, HONG KONG

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) akan menganjurkan 1ST World Scout Education Congress pada 22 hingga 24 November 2013 bertempat di BP International House, Hong Kong.

Sehubungan dengan itu, Bersama-sama ini dikepilkan surat siaran dan borang individu yang perlu diisi dan dikembalikan SEGERA ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia beserta sesalinan pasport bagi tujuan pentadbiran. 

Tuesday, 12 November 2013

JOM SERTAI KAWIE 2013


PENGGUNAAN GOOGLE APLIKASI DALAM URUSAN RASMI KLKM

Salam Pengakap!!!!
Salam Kelanasiswa!!!!

Merujuk kepada perkara diatas, Saya memohon Semua Ahli Majlis Pengakap Negeri KLKM, Majlis Pesuruhjaya KLKM dan Majlis Ketua Krew Kelanasiswa untuk membuka akaun GMAIL (http://www.google.com/) bagi memudahkan segala urusan berkaitan KLKM di salurkan dengan cepat dan pantas. Sila emel alamat emel tuan puan ke sumpnklkm@gmail.com

Seiring dengan zaman Teknologi ini, MPN KLKM akan mengunapakai GOOGLE APLIKASI dalam masa terdekat ini ia merangkumi Google Calendar, Google map, Gmail, Google Drive dan lain-lain lagi.

MEMOHON PENGHANTARAN TAKWIM KLKM 2014

Salam Pengakap !!!!
Salam Kelanasiswa!!!!

Merujuk kepada perkara diatas, saya memohon jasa baik tuan puan untuk menghantar kepada saya Takwim Perancangan Aktiviti Daerah KLKM tuan/puan. untuk di masukan ke dalam Takwim KLKM IPT Tahun 2014 dengan kadar segera sebelum 20 November 2013. Ini adalah di sebabkan Tuan KPPNg KLKM akan menghadiri Mesyuarat Eksekutif Pengakap Negara (MEPN) yang akan diadakan pada 30 November 2013 ini