Wednesday, 19 December 2012

Penilaian & upacara anugerah BP

Bagi Calon-calon yang berminat, maklumat adalah seperti berikut

Tarikh                    : 28 Disember - 31 Disember 2012(jumaat -isnin)
Masa Pendaftaran   : 10.30pagi - 2.00petang(28 Disember 2012)
Tempat                  : Kem Dr. Shafie Salleh Bagan Lalang, Sepang
Selangor.
Yuran                    : RM 150.00(seorang)
(Yuran adalah termasuk makan/minum, penginapan, epolet Kelana 
                                 BP & Rambu Pengakap Kelana) 

Borang dan maklumat lanjut sila berurusan dengan Pesuruhjaya Daerah IPT masing-masing

Monday, 17 December 2012

MAKLUMAN AWAL PROGRAM IM4U


Pada 19 Januari 2013. Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan program IM4U di UITM Shah Alam. oleh itu. KPT telah membuka penyertaan kepada semua IPT yang mempunyai Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia untuk menyertai Program berkenaan. Jika berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan sila maklumkan kepada Pengerusi Program KLKM IPT atau terus email kepada mpnklkm@kelanasiswa.org.

KELANASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN UNIVERSITI    

Di Sekitar Konvensyen Kelanasiswa Malaysia 2012












Thursday, 13 December 2012

Tuesday, 11 December 2012

Penyertaan Konvensyen Kebangsaan Kelanasiswa Malaysia Kali Pertama 2012

Kepada IPTA/S yang masih belum memaklumkan status kehadiran ke Konvensyen Kebangsaan kelanasiswa Malysia Kali pertama 2012 sila maklumkan kepada urusetia Program dialamat email mpnklkm@kelanasiswa.org sebelum 14 Disember 2012. Untuk memudahkan urusan penginapan dan makan minum peserta sepanjang Konvensyen berkenaan.

IPTA/S yang telah memaklumkan status kehadiran

Sehingga 12 Disember 2012

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Polimas, Jitra Kedah
  3. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak/ Kuantan/ CFS)
  4. Kolej Universiti Insaniah (Induk/ Stargate)
  5. VETA College
  6. UTHM
  7. IKBN Chembong
  8. UNIMAP
  9. UTM Skudai
  10. INTI University College

Kerjasama tuan/puan memaklumkan kehadiran adalah amat-amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang di berikan dalam usaha membanggunkan KLKM ke Persada Dunia.

KELANASISWA KELESTARIAN UNIVERSITI

Monday, 3 December 2012

BENGKEL PEMURNIAN KERTAS CADANGAN KLKM IPT

Pada 4 Disember 2012 telah diadakan Mesyuarat dan Bengkel Pemurnian KLKM di Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia.


Wednesday, 28 November 2012

KONVENSYEN KEBANGSAAN KELANASISWA MALAYSIA

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA
(INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA)
  
AKAN MENGANJURKAN 
KONVENSYEN KEBANGSAAN KELANASISWA MALAYSIA


TARIKH
17 - 18 DISEMBER 2012


TEMPAT

AL-BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY (AiU)
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

ANJURAN
MAJLIS PENGAKAP NEGERI
KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA


DENGAN KERJASAMA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
BHG. HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR, JPT, KPT.
AL-BUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY

PENGERTIAN LOGO KONVENSYEN KEBANGSAAN KELANASISWA MALAYSIA


Sunday, 11 November 2012

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA KLKM IPT KALI KE 3

Pada 11 November 2012 Majlis Pesuruhjaya KLKM IPT telah mengadakan mesyuarat KLKM IPT kali ke 3 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Terengganu. Beberapa IPT telah hadir didalam mesyuarat ini. Mesyuarat ini diadakan semasa Perkhemahan ECROM yang dianjurkan oleh KLKM UNISZA.










Monday, 5 November 2012

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA KLKM IPT KALI KE 3

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya KLKM akan diadakan pada ketetapan berikut:-
      • TARIKH  : 10 DAN 11 NOVEMBER 2012
      • JAM         : 9.00 PAGI
      • TEMPAT : KEM PENGAKAP TENGKU MUHAMMAD ISMAIL, TELAGA BATIN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
      • PAKAIAN: UNIFORM PENGAKAP

Tuesday, 16 October 2012

SIARAN DARI PPM


LAMAN WEB RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Laman web rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia ialah dialamat http://www.pengakapmalaysia.org/

KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN SIRI 1/2012

Seketariat Pengakap Udara Kebangsaan dan Persekutan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persatuan terjun Payung Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Asas Payung Terjun Siri 1/2012 di Segamat Golf & Country Club Segamat, Johor.  KLKM IPT telah diwakili oleh En Affendy Zabkha Bin Mohamad Zain dan En Mohd Azahar Bin Ramli @Hisham dari IKBN.  

LAPORAN:-

JUMAAT        12 OKT 2012

0900 ~ 1000  : Taklimat

1000 ~ 2300  : Kelas Teori


SABTU           13 OKT 2012

0800 ~ 1230  : Terjunan Sesi 1 (mengikut giliran)

1400 ~ 1700  : Terjunan Sesi 2 (mengikut giliran)

1700 ~ 1830  : Majlis Penutup oleh Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden PPM
  Negeri Melaka

2100 ~ 2300  : Ulangkaji Teori


AHAD             14 OKT 2012

0800 ~ 1230  : Terjunan Sesi 3 (mengikut giliran)

1500 ~ 1800 : Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan oleh pihak PPM

 






















Monday, 15 October 2012

PROSEDUR PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN KUMPULAN KLKM 2012/2013


  1. Borang Pendaftaran boleh didapati dari Setiausaha Majlis Pengakap KLKM IPT En  Syafik Asyraf Bin Haris (mpnklkm@kelanasiswa.org)
  2. Bayaran Yuran Keahlian dan Kumpulan boleh dibayar melalui  AKAUN BANK MUAMALAT : 07030000054713 = ( MAJLIS PENGAKAP NEGERI KLKM) (Sila simpan Bank Statement untuk rujukan) 
  3. Sila emailkan Borang Pendaftaran kepada Bendahari Kehormat KLKM IPT En Sandragesan a/l Vello (vsandra@usm.my) atau sila hubungi MAJLIS PENGAKAP NEGERI KLKM di talian             04-6535241       atau             04-6535243      

MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM 2ND EAST COAST ROVERMOOT 2012 (2ND ECROM)


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi menjayakan “2nd EAST COAST ROVER MOOT” buat kali kedua bagi tahun 2012 pada 08 hingga 11 November 2012. Program ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kerjasama belia dan ahli-ahli kelana di seluruh Malaysia.
Program East Cost Rover Moot berkenaan seperti berikut :
Tarikh             :           08 November 2012 hingga 11 November 2012      
Masa mendaftar pada :- 08November 2012, Jam 8.00 pagi
Lokasi            :            Di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Yuran             :               Yuran ECROM sebanyak RM 40.00 seorang (Pengakap Kelana/Pemimpin)
(Skaf, Lencana ECROM, Lencana Kelana, Topi, Sijil Penyertaan, Tag nama
berserta Passport Aktiviti dan Buku Cenderamata)
                                   Deposit Kebersihan sebanyak RM100.00 bagi setiap Kontinjen.
Pembayaran      :          Sebarang pembayaran dan penyerahan borang penyertaan hendaklah
diserahkan semasa pendaftaran (08 November 2012)
Keperluan           :         Setiap Kontinjen hendaklah menguruskan sendiri bahagian pengangkutan,
Penginapan (khemah peserta), makanan dan minuman, dan ubatan peribadi
diri peserta. Termasuklah bahan-bahan mentah/ peralatan untuk memasak
bagi pertandingan yang akan diadakan semasa 2nd ECROM nanti.
Peserta                :        Peserta hendaklah berumur diantara 18 hingga 25 tahun (Pengakap Kelana)
Dan mestilah berdaftar. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap
Negeri/ Daerah masing-masing. Peserta juga perlu membuat pemeriksaan
Kesihatan dan perlu menyerahkan rekod kad kesihatan kepada pihak urusetia
semasa pendaftaran dan mempunyai insurans nyawa persendirian.
Aktiviti                  :       Pelbagai aktiviti disediakan antaranya :-
1. Scout Challenge (Bycycle Expedition Challenge) & Abselling
2. Beach Games & Memanah
3. Backwood Cooking
4. Tarian Kebudayaan, Malam Kebudayaan & Mala Gala ECROM (Camp Fire)
5. Leadership Challenge & Cerapan Bulan
6. Pertandingan-pertandingan menarik
7. Majlis Penganugerahan Kelana
8. Dan lain-lain aktiviti yang lebih ekstrem
***Setiap Kontinjen diminta menyediakan satu persembahan untuk Tarian Kebudayaan & Malam Gala ECROM. Pihak kami tidak membenarkan persembahan seperti kuda kepang, mak yong, ulik mayang dan jenis unsur-unsur yang melibatkan pemujaan.  HARAP MAKLUM.
..::PENTING::..
Pengesahan peserta & pemimpin : Sila emailkan ke nazzna86@gmail.com untuk pengesahan bilangan peserta bagi setiap kontigen dan pemimpin (bagi tempahan penginapan)
Sebarang pemasalahan boleh merujuknya melalui Pengarah Program East Coast Rovermoot (2nd ECROM) Saudara Muhammad Marzuqi bin Zainal Adlan di talian +6017-6557920 atau emailkan ke nazzna86@gmail.com. Sebarang info terkini juga boleh melayari laman 2nd ECROM http://ecrom2.blogspot.com/

ANTARA AKTIVITI YANG MELIBATKAN KLKM


  1. Taklimat Berkaitan One Malaysia For Youth (1M4U) Sempena Majlis Pra-Pelancaran 1M4U-MOHE Outreach Centre Anjuran KPT ( En Abdul Rahim Bin Mohammad (UTM SKUDAI)  Dan Dr Mustaffa Bin Hj Ibrahim (UTHM) )
  2. Kursus Asas Payung Terjun Anjuran PPM (En Afendy dan En Azhar (IKBN Chembong)
  3. Mesyuarat Majlis Ketua Pesuruhjaya di Radius International Hotel ( Prof Madya Dr Abdul Rashid Bin Mohamad)
  4.  3 orang ahli KLKM IPT iaitu dari 2 KLKM INTI IU dan Seorang dari KLKM KUIN yang akan mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke 7th ASIA PACIFIC REGIONAL SCOUT YOUTH FORUM - BANGLADESH pada 17 hingga 21 November 2012 bertempat di National Scout Training Centre Mouchak, Gazipur, Bangladesh.
  5. Mesyuarat Bersama Jabatan Pengajian Tinggi (HEP) (Prof Madya Dr Abdul Rashid Bin Mohamad (USM) dan Dr Paramasivam a/l Muthusamy (UPM)
  6. Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 KLKM KUIN Alor Setar ( Tn Hj Hassan Bin Hasim)
  7. Pelancaran Unit Marin KLKM UNIMAP (KLKM UNIMAP)

SENARAI IPT YANG TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN TAHUN 2012

Sehingga 15 Oktober 2012
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
  2. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  3. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  4. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
  5. Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah
  6. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buluh, Selangor
  7. Vocational Education Training Academy (VETA), Semenyih, Selangor
  8. INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan

Tuesday, 14 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami Majlis Pengakap Negeri KLKM IPT


PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN KLKM UTHM


Program Rahmat Ramadhan adalah program yang dianjurkan oleh  Krew Kelanasiswa dan pelajar Kursus Kokurikulum UQR10701 Pengakap Kelanasiswa dengan kerjasama Pusat Islam UTHM. Program ini telah masuk tahun ke dua, di mana pada tahun lepas program ini telah dijalankan dan ia menjadi program utama ketika Bulan Ramadhan. Program ini disertai oleh krew kelanasiswa dan pelajar-pelajar kursus kokurikulum Kelanasiswa di mana antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat bubur lambuk dan mengagihkan kepada masyarakat berhampiran serta memberi sumbangan berupa makanan kepada golongan yang memerlukan di kawasan sekitar. Ia telah diadakan di Masjid UTHM pada 11 Ogos 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum serta Pembelajaran Sepanjang Hayat dapat diterapkan kepada ahli-ahli kelanasiswa. Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk mengimbangi tahap sosial mereka dan pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan apabila melangkah kedalam kehidupan yang lebih mencabar dengan menerapkan unsur Kemahiran Insaniah dan nilai-nilai kepimpinan melalui program ini.
            Program ini dimulakan dengan membuat bubur lambuk secara gotong royong. Kemudian setelah siap, diedarkan ke kawasan berhampiran sepeti di Balai Polis, Stesyen minyak Petronas dan Stesyen Minyak Esso. Di stesyen minyak, ahli krew mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang mengisi minyak di stesyen-stesyen tersebut. Program di teruskan dengan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan warga emas, oku serta fakir miskin di mana Pesuruhjaya KLKM UTHM Dr. Mustaffa bin Hj Ibrahim menjadi Chef De Mission. Seramai 10 orang penerima telah dikenalpasti dan aktiviti dijalankan dengan menghantar sumbangan tersebut ke rumah mereka. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai.