Wednesday, 19 February 2014

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA DAN MESYUARAT MAJLIS KETUA KREW KLKM BIL 1 2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia & Salam Kelanasiswa

YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

Salam Pengakap!

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA DAN MESYUARAT MAJLIS KETUA KREW KLKM BIL 1 2014

Terdapat sedikit perubahan iaitu mesyuarat juga akan diadakan di INTAN iaitu tempat yang sama dengan tempat penginapan dan juga makan minum. 

Mesyuarat  Majlis Ketua Krew KLKM 1/2014
Tarikh              :           21 Februari 2014 (JUMAAT)
                Masa              :           8.30 Malam
               Tempat         :           INTAN WILAYAH TENGAH
               Pakaian         :           Pakaian Seragam KLKM

Mesyuarat  Majlis Pesuruhjaya KLKM Bil 1/2014
            Tarikh              :           22 Februari 2014 (SABTU)
            Masa                :           8.00 Pagi
            Tempat            :         INTAN WILAYAH TENGAH
            Pakaian            :         Pakaian Seragam KLKM


Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan dalam memajukan Pergerakan Pengakap amatlah disanjungi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Program Muhibah Pegawai Kelana ke Phuket 2014 anjuran KLKM IKBN Chembong


Nama : Program Muhibah Pegawai Kelana ke Phuket 2014 anjuran KLKM IKBN Chembong
Tarikh : 16 - 19 Jan 2014
Tempat : Phuket, Thailand
Penyertaan : 8 org






6th INTERNATIONAL SCOUT GATHERING 2014, SHARJAH- UNITED ARAB EMIRATES (UAE)

PROGRAM                                :                     6th International Scout Gathering 2014, Sharjah-UAE
TARIKH                                     :                     1 – 10 Februari 2014
TEMPAT                                    :                     Sharjah, United Arab Emirates (UAE)
ANJURAN                                  :                    World Scout Bureau-Arabic Regional Office (WOSB- 
                                                                         AR), UAE  Scout Association
TEMA                                        :                   “SHARJAH – CAPITAL OF ISLAMIC CULTURE”
SASARAN                                 :                    Semua Negara
NEGARA YANG HADIR         :                     Lebih dari 125 Negara (Australia, New Zealand, Fiji, ,              Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, Malaysia,                    Filipina, Thailand, , China, Macau, Taiwan, Hong Kong,            Korea, Jepun, Bangladesh, Pakistan, India, Bhutan,                      Maldives, Nepal, Sri Lanka, Sudan, Venezuela, Brazil,                Argentina, Costa Rica, Iceland, Uruguay, Paraguay,                      Guatemala, Hungary, Uganda, Madagascar, Zimbabwe,                Bulgaria, Brussel, Moldova, Russia, Swaziland, Afrika              Selatan, Lesotho, Burkina-Faso, Tobago & Trinidad, El-            Salvador, Mesir, Arab Saudi, Algeria, Kuwait,                            Qatar,Macedonia, Mexico  dan lain-lain lagi.)
PESERTA PROGRAM        :                          Lebih dari 125 Orang










Tuesday, 19 November 2013

PENCALONAN SEBAGAI PESERTA BAGI MEWAKILI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) SEMASA BERLANGSUNGNYA 1ST WORLD SCOUT EDUCATION CONGRESS, HONG KONG

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement (WOSM) akan menganjurkan 1ST World Scout Education Congress pada 22 hingga 24 November 2013 bertempat di BP International House, Hong Kong.

Sehubungan dengan itu, Bersama-sama ini dikepilkan surat siaran dan borang individu yang perlu diisi dan dikembalikan SEGERA ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia beserta sesalinan pasport bagi tujuan pentadbiran. 

Tuesday, 12 November 2013

JOM SERTAI KAWIE 2013


PENGGUNAAN GOOGLE APLIKASI DALAM URUSAN RASMI KLKM

Salam Pengakap!!!!
Salam Kelanasiswa!!!!

Merujuk kepada perkara diatas, Saya memohon Semua Ahli Majlis Pengakap Negeri KLKM, Majlis Pesuruhjaya KLKM dan Majlis Ketua Krew Kelanasiswa untuk membuka akaun GMAIL (http://www.google.com/) bagi memudahkan segala urusan berkaitan KLKM di salurkan dengan cepat dan pantas. Sila emel alamat emel tuan puan ke sumpnklkm@gmail.com

Seiring dengan zaman Teknologi ini, MPN KLKM akan mengunapakai GOOGLE APLIKASI dalam masa terdekat ini ia merangkumi Google Calendar, Google map, Gmail, Google Drive dan lain-lain lagi.

MEMOHON PENGHANTARAN TAKWIM KLKM 2014

Salam Pengakap !!!!
Salam Kelanasiswa!!!!

Merujuk kepada perkara diatas, saya memohon jasa baik tuan puan untuk menghantar kepada saya Takwim Perancangan Aktiviti Daerah KLKM tuan/puan. untuk di masukan ke dalam Takwim KLKM IPT Tahun 2014 dengan kadar segera sebelum 20 November 2013. Ini adalah di sebabkan Tuan KPPNg KLKM akan menghadiri Mesyuarat Eksekutif Pengakap Negara (MEPN) yang akan diadakan pada 30 November 2013 ini

Sunday, 25 August 2013

Friday, 16 August 2013

Wednesday, 14 August 2013

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA KLKM BIL 2/ 2013 DAN BENGKEL SKIM PENGAKAP KELANA KE ARAH ANUHERAH BP PERINGKAT KLKM IPTA/S

Kepada Semua Pen Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Daerah KLKM

Tuan/Puan 

Dimaklumkan bahawa Majlis Pesuruhjaya KLKM dengan Kerjasama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UTHM akan mengadakan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya KLKM Bil 2/ 2013 dan Bengkel Skim Pengakap Kelana ke Arah Anugerah BP Peringkat KLKM IPTA/S adalah seperti berikut:-

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya KLKM dan Majlis Makan Malam bersama NC UTHM

            Tarikh               :           24hb Ogos 2013
Hari                  :           Sabtu
Masa                :           8.30 malam sehingga 11.00 Malam
Tempat             :           Bilik Seri Tanjung  Pejabat Pendaftar UTHM
            Pakaian            :           Pakaian Seragam Pengakap

Bengkel Skim Pengakap Kelana Ke Arah Anugerah BP peringkat KLKM IPTA/S

Tarikh               :           25hb Ogos 2013
Hari                  :           Ahad
Masa                :           8.30 Pagi sehingga 10.00 Malam
Tempat             :           Bilik Seri Tanjung  Pejabat Pendaftar UTHM
            Pakaian            :           Pakaian Seragam Pengakap


Sehubungan dengan itu, Semua Pen Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Daerah KLKM dijemput hadir Sebarang pertanyaan sila hubungi Prof Madya Dr Hj Mustaffa Bin Hj Ibrahim  di talian 017-7737420.

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA SIMPOSIUM PENGAKAP MALAYSIA

Kepada semua Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya 

Tuan/puan 

Dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Simposium Pemimpin Pengakap Malaysia 2013, sempena Sambutan 105 Tahun Hari pengakap Malaysia 2013 yang akan diadakan pada:-


Tarikh : 23hb Ogos 2013
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi sehingga 6.00 petang
Tempat : Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya


Pakaian : Pakaian Seragam Pengakap

Sehubungan dengan itu, tuan/puan  dijemput untuk mewakili Kontigen Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia ke Program berkenaan. 

PENYERTAAN HIMPUNAN PENGAKAP MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN 105 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA

PENYERTAAN HIMPUNAN PENGAKAP MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN 105 TAHUN PENGAKAP MALAYSIA Akan diadakan pada 24 Ogos 2013 di Dataran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya. Bagi ahli Kelanasiswa yang ingin menyertai sila maklumkan pada Pesuruhjaya Daerah Masing-masing secepat mungkin. Pakaian seragam pengakap. Sebarang pertanyaan sila hubungi Abd Rahim Mohamad. Surat siaran dan surat dari KLKM telah dihantar ke Email Pesuruhjaya Daerah KLKM masing-masing. Terima Kasih

Thursday, 1 August 2013

DARI MEJA KPPNg KLKM

 Salam Kelanasiswa & Salam Ramadan
 
Kepada semua Pesuruhjaya Kehormat'/ASC/DC/ADC/Pemimpin/Ketua Krew & ahli KLKM seluruh Malaysia.
 
Sempena bulan ramadan yang mulia ini, sama-samalah kita memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar Yang Di Pertua, Negeri  KLKM, Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak yang sedang menerima rawatan di Hospital Besar KL  segera kembali sembuh.
 
Sekian, terima kasih.
 
KPPNg KLKM

Thursday, 18 July 2013

UCAPAN TAKZIAH DAN AL FATIHAH

KPPNg KLKM dan Seluruh Warga Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga Ybhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli bin Abdul Razak diatas pemergian ayahanda beliau ke rahmatllah. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Monday, 15 July 2013

PEMILIHAN DAN PENCALONAN SEBAGAI PESERTA PERSIDANGAN BELIA ANTARABANGSA BAGI MEWAKILI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) SEMASA BERLANGSUNGNYA 16rH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING FOR CULTURAL EXCHANGE-OMAN

Tahniah diucapkan kepada saudara Hamzah Bin Zulkeffli dan Saudara Wan Mohd Jabir Bin Wan Mohd Badruddin  Dari KLKM KUIN kerana terpilih mewakili Malaysia  ke 16th INTERNATIONAL YOUTH GATHERING FOR CULTURAL EXCHANGE-OMAN