Monday, 15 October 2012

MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM 2ND EAST COAST ROVERMOOT 2012 (2ND ECROM)


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah bagi menjayakan “2nd EAST COAST ROVER MOOT” buat kali kedua bagi tahun 2012 pada 08 hingga 11 November 2012. Program ini merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kerjasama belia dan ahli-ahli kelana di seluruh Malaysia.
Program East Cost Rover Moot berkenaan seperti berikut :
Tarikh             :           08 November 2012 hingga 11 November 2012      
Masa mendaftar pada :- 08November 2012, Jam 8.00 pagi
Lokasi            :            Di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu
Yuran             :               Yuran ECROM sebanyak RM 40.00 seorang (Pengakap Kelana/Pemimpin)
(Skaf, Lencana ECROM, Lencana Kelana, Topi, Sijil Penyertaan, Tag nama
berserta Passport Aktiviti dan Buku Cenderamata)
                                   Deposit Kebersihan sebanyak RM100.00 bagi setiap Kontinjen.
Pembayaran      :          Sebarang pembayaran dan penyerahan borang penyertaan hendaklah
diserahkan semasa pendaftaran (08 November 2012)
Keperluan           :         Setiap Kontinjen hendaklah menguruskan sendiri bahagian pengangkutan,
Penginapan (khemah peserta), makanan dan minuman, dan ubatan peribadi
diri peserta. Termasuklah bahan-bahan mentah/ peralatan untuk memasak
bagi pertandingan yang akan diadakan semasa 2nd ECROM nanti.
Peserta                :        Peserta hendaklah berumur diantara 18 hingga 25 tahun (Pengakap Kelana)
Dan mestilah berdaftar. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap
Negeri/ Daerah masing-masing. Peserta juga perlu membuat pemeriksaan
Kesihatan dan perlu menyerahkan rekod kad kesihatan kepada pihak urusetia
semasa pendaftaran dan mempunyai insurans nyawa persendirian.
Aktiviti                  :       Pelbagai aktiviti disediakan antaranya :-
1. Scout Challenge (Bycycle Expedition Challenge) & Abselling
2. Beach Games & Memanah
3. Backwood Cooking
4. Tarian Kebudayaan, Malam Kebudayaan & Mala Gala ECROM (Camp Fire)
5. Leadership Challenge & Cerapan Bulan
6. Pertandingan-pertandingan menarik
7. Majlis Penganugerahan Kelana
8. Dan lain-lain aktiviti yang lebih ekstrem
***Setiap Kontinjen diminta menyediakan satu persembahan untuk Tarian Kebudayaan & Malam Gala ECROM. Pihak kami tidak membenarkan persembahan seperti kuda kepang, mak yong, ulik mayang dan jenis unsur-unsur yang melibatkan pemujaan.  HARAP MAKLUM.
..::PENTING::..
Pengesahan peserta & pemimpin : Sila emailkan ke nazzna86@gmail.com untuk pengesahan bilangan peserta bagi setiap kontigen dan pemimpin (bagi tempahan penginapan)
Sebarang pemasalahan boleh merujuknya melalui Pengarah Program East Coast Rovermoot (2nd ECROM) Saudara Muhammad Marzuqi bin Zainal Adlan di talian +6017-6557920 atau emailkan ke nazzna86@gmail.com. Sebarang info terkini juga boleh melayari laman 2nd ECROM http://ecrom2.blogspot.com/

ANTARA AKTIVITI YANG MELIBATKAN KLKM


  1. Taklimat Berkaitan One Malaysia For Youth (1M4U) Sempena Majlis Pra-Pelancaran 1M4U-MOHE Outreach Centre Anjuran KPT ( En Abdul Rahim Bin Mohammad (UTM SKUDAI)  Dan Dr Mustaffa Bin Hj Ibrahim (UTHM) )
  2. Kursus Asas Payung Terjun Anjuran PPM (En Afendy dan En Azhar (IKBN Chembong)
  3. Mesyuarat Majlis Ketua Pesuruhjaya di Radius International Hotel ( Prof Madya Dr Abdul Rashid Bin Mohamad)
  4.  3 orang ahli KLKM IPT iaitu dari 2 KLKM INTI IU dan Seorang dari KLKM KUIN yang akan mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia ke 7th ASIA PACIFIC REGIONAL SCOUT YOUTH FORUM - BANGLADESH pada 17 hingga 21 November 2012 bertempat di National Scout Training Centre Mouchak, Gazipur, Bangladesh.
  5. Mesyuarat Bersama Jabatan Pengajian Tinggi (HEP) (Prof Madya Dr Abdul Rashid Bin Mohamad (USM) dan Dr Paramasivam a/l Muthusamy (UPM)
  6. Kursus Kepimpinan Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1 KLKM KUIN Alor Setar ( Tn Hj Hassan Bin Hasim)
  7. Pelancaran Unit Marin KLKM UNIMAP (KLKM UNIMAP)

SENARAI IPT YANG TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN TAHUN 2012

Sehingga 15 Oktober 2012
  1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
  2. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
  3. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  4. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
  5. Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah
  6. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buluh, Selangor
  7. Vocational Education Training Academy (VETA), Semenyih, Selangor
  8. INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan