Tuesday, 14 August 2012

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN KLKM UTHM


Program Rahmat Ramadhan adalah program yang dianjurkan oleh  Krew Kelanasiswa dan pelajar Kursus Kokurikulum UQR10701 Pengakap Kelanasiswa dengan kerjasama Pusat Islam UTHM. Program ini telah masuk tahun ke dua, di mana pada tahun lepas program ini telah dijalankan dan ia menjadi program utama ketika Bulan Ramadhan. Program ini disertai oleh krew kelanasiswa dan pelajar-pelajar kursus kokurikulum Kelanasiswa di mana antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat bubur lambuk dan mengagihkan kepada masyarakat berhampiran serta memberi sumbangan berupa makanan kepada golongan yang memerlukan di kawasan sekitar. Ia telah diadakan di Masjid UTHM pada 11 Ogos 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum serta Pembelajaran Sepanjang Hayat dapat diterapkan kepada ahli-ahli kelanasiswa. Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk mengimbangi tahap sosial mereka dan pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan apabila melangkah kedalam kehidupan yang lebih mencabar dengan menerapkan unsur Kemahiran Insaniah dan nilai-nilai kepimpinan melalui program ini.
            Program ini dimulakan dengan membuat bubur lambuk secara gotong royong. Kemudian setelah siap, diedarkan ke kawasan berhampiran sepeti di Balai Polis, Stesyen minyak Petronas dan Stesyen Minyak Esso. Di stesyen minyak, ahli krew mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang mengisi minyak di stesyen-stesyen tersebut. Program di teruskan dengan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan warga emas, oku serta fakir miskin di mana Pesuruhjaya KLKM UTHM Dr. Mustaffa bin Hj Ibrahim menjadi Chef De Mission. Seramai 10 orang penerima telah dikenalpasti dan aktiviti dijalankan dengan menghantar sumbangan tersebut ke rumah mereka. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai.