49th. BASIC MANAGEMENT COURSE FOR PROFESSIONAL SCOUT EXECUTIVE
Anjuran: Persekutuan Pengakap Malaysia Dan Asia Pacific Regional dengan Kerjasama USM.
Kursus ini telah dijalankan sebanyak 48 kali bagi Basic Management Course iaitu sejak tahun 1971, dan 4 kali bagi Advancement Management Course.
Akan diadakan pada: 4-14 April 2013, bertempat: USM , perasmian/penutup: Dewan Persidangan Universiti USM
Peserta: 40 Eksekutif Pengakap dari negara-negara Asia Pasifik.
Tujuan: Dalam usaha membantu Pengakap dalam melahirkan lebih ramai sukarelawan serta meningkatkan profesional mereka.
Objektif Kursus:
Memperkuatkan ciri-ciri dan kebolehan pengurusan dan profesionalisme bagi eksekutif pengakap sepenuh masa dan sukarelawan bertujuan untuk berkhidmat kepada negara, organisasi Pengakap, 'Asia Pacific Region' serta organisasi Pengakap dunia di samping memastikan keberkesanan untuk memperlihatkan sifat tanggungjawab dan berdaya saing.
Syabas kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM kerana dilantik sebagai Naib Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk dan Pengurus bagi Program Basic Management Course, 49th. APR 2013.