Tuesday, 14 August 2012

PROGRAM RAHMAT RAMADHAN ANJURAN KLKM UTHM


Program Rahmat Ramadhan adalah program yang dianjurkan oleh  Krew Kelanasiswa dan pelajar Kursus Kokurikulum UQR10701 Pengakap Kelanasiswa dengan kerjasama Pusat Islam UTHM. Program ini telah masuk tahun ke dua, di mana pada tahun lepas program ini telah dijalankan dan ia menjadi program utama ketika Bulan Ramadhan. Program ini disertai oleh krew kelanasiswa dan pelajar-pelajar kursus kokurikulum Kelanasiswa di mana antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat bubur lambuk dan mengagihkan kepada masyarakat berhampiran serta memberi sumbangan berupa makanan kepada golongan yang memerlukan di kawasan sekitar. Ia telah diadakan di Masjid UTHM pada 11 Ogos 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum serta Pembelajaran Sepanjang Hayat dapat diterapkan kepada ahli-ahli kelanasiswa. Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk mengimbangi tahap sosial mereka dan pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan apabila melangkah kedalam kehidupan yang lebih mencabar dengan menerapkan unsur Kemahiran Insaniah dan nilai-nilai kepimpinan melalui program ini.
            Program ini dimulakan dengan membuat bubur lambuk secara gotong royong. Kemudian setelah siap, diedarkan ke kawasan berhampiran sepeti di Balai Polis, Stesyen minyak Petronas dan Stesyen Minyak Esso. Di stesyen minyak, ahli krew mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang mengisi minyak di stesyen-stesyen tersebut. Program di teruskan dengan memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan warga emas, oku serta fakir miskin di mana Pesuruhjaya KLKM UTHM Dr. Mustaffa bin Hj Ibrahim menjadi Chef De Mission. Seramai 10 orang penerima telah dikenalpasti dan aktiviti dijalankan dengan menghantar sumbangan tersebut ke rumah mereka. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai. 







Monday, 6 August 2012

Mesyuarat Ringkas Majlis Pengakap Negeri KLKM

Pada 3 Ogos 2012 telah di adakan mesyuarat ringkas Majlis Pengakap Negeri KLKM di Bilik Mesyuarat Pusat Rancangan Kokurikulum USM. Antara perkara yang dibincangkan :-
  1. Semua surat siaran berkaitan aktiviti Kepengakapan di Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa mestilah dikeluarkan oleh IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA ke Ibu Pejabat Negeri KLKM di Pusat Rancangan Kokurikulum USM terlebih dahulu dan bukannya dari penganjur terus ke Daerah KLKM. Ketua Pusuruhjaya Negeri KLKM akan minitkan surat berkenaan kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri bahagian Program untuk di maklumkan ke Daerah-Daerah KLKM IPT.
  2. Masih terdapat IPT yang belum membuat pendaftaran keahlian mahupun kumpulan. Sila semak status Pendaftaran anda dengan Bendahari Kehormat KLKM IPT.
  3. Sila kemaskini Maklumat Daerah KLKM secepat mungkin bagi memastikan kelancaran pentadbiran KLKM dapat berjalan dengan lancar. 
  4. Majlis Pesuruhjaya KLKM akan menyediakan Kertas Cadangan Kelanasiswa untuk dihantar ke Jabatan Pengajian Tinggi KPT sebelum 15 Ogos 2012. Emel mengenai perkara berkenaan telah dihantar kepada Pesuruhjaya terlibat.
Bersama kita membangunkan KLKM IPT kearah kecemerlangan.

"KELANASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN UNIVERSITI"     

Sunday, 5 August 2012

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN KLKM KUIN

Di atas kesedaran kekurangan bekalan darah di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar agak kritikal semperna Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang ini Kelab KLKM KUIN telah mengadakan Program Kempen Derma Darah pada 4 Ogos 2012. Seramai 40 orang peserta telah mendaftar sebagai penderma.